Jika dilihat pada tajuk posting diatas, kedua-dua perkataan Bahasa Inggeris tersebut seakan-akan sama. Jadi saya ingin berkongsi teknik belajar bahasa inggeris dengan menggunakan perkataan ANY ONE dan ANYONE serta kesalahan yang biasa dilakukan. Pada posting yang lepas saya telahpun berkongsi pelbagai cara belajar bahasa inggeris untuk anda. Harap anda dapat memahaminya.
Ok, berbalik kepada perkataan Inggeris iaitu ANY ONE dan ANYONE, ianya nampak sama tapi sebenarnya tidak serupa. Ini kerana, ANY ONE terdiri daripada dua perkataan manakala Anyone hanya satu perkataan. ANY ONE bermaksud mana-mana orang atau benda daripada satu kumpulan orang atau benda. Masih tidak faham? Mari kita lihat contoh kaedah belajar perkataan tersebut.
I can recommend ANY ONE of the books on this bookstore.
Saya boleh mengesyorkan mana-mana satu buku dari kedai buku ini.
ANYONE pula bermaksud sesiapa.
Contohnya:
Did ANYONE see that UFO?
Ada sesiapa melihat UFO itu?
Diharap dengan perkongsian belajar bahasa inggeris dari pihak dapat memantapkan lagi penggunaan Bahasa Inggeris anda. Malah, pastikan anda tidak terkeliru lagi dengan perkataan anyone dalam satu perkataan dan dua perkataan. Semoga berjumpa lagi kita dengan tips-tips berikutnya.
No related posts.

{ 1 comment… read it below or add one }
Wah, saya sangat gembira kamu rela menggajar Bahasa Inggeris melalui blog. Jalan bahasa Inggeris memang rumit tetapi kalau kita mempunyai keazaman kita boleh mencapai cermelang dalam bidang mengkaji Bahasa Inggeris.