Teknik Belajar ANY ONE dan ANYONE

by Belajarbahasainggeris on November 23, 2009

in Belajar Bahasa Inggeris

Jika dilihat pada tajuk posting diatas, kedua-dua perkataan Bahasa Inggeris tersebut seakan-akan sama. Jadi saya ingin berkongsi teknik belajar bahasa inggeris dengan menggunakan perkataan ANY ONE dan ANYONE serta kesalahan yang biasa dilakukan. Pada posting yang lepas saya telahpun berkongsi pelbagai cara belajar bahasa inggeris untuk anda. Harap anda dapat memahaminya.

Ok, berbalik kepada perkataan Inggeris iaitu ANY ONE dan ANYONE, ianya nampak sama tapi sebenarnya tidak serupa. Ini kerana, ANY ONE terdiri daripada dua perkataan manakala Anyone hanya satu perkataan. ANY ONE bermaksud mana-mana orang atau benda daripada satu kumpulan orang atau benda. Masih tidak faham? Mari kita lihat contoh kaedah belajar perkataan tersebut.

I can recommend ANY ONE of the books on this bookstore.
Saya boleh mengesyorkan mana-mana satu buku dari kedai buku ini.

ANYONE pula bermaksud sesiapa.

Contohnya:
Did ANYONE see that UFO?
Ada sesiapa melihat UFO itu?

Diharap dengan perkongsian belajar bahasa inggeris dari pihak dapat memantapkan lagi penggunaan Bahasa Inggeris anda. Malah, pastikan anda tidak terkeliru lagi dengan perkataan anyone dalam satu perkataan dan dua perkataan. Semoga berjumpa lagi kita dengan tips-tips berikutnya.

{ 1 comment }

Kaedah Belajar AFFECT vs EFFECT

November 22, 2009

Pada posting yang lepas, saya telahpun berkongsi teknik belajar bahasa inggeris dengan menggunakan perkataan advice dan advise. Di harap dengan kaedah belajar bahasa inggeris yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Kali ini saya ingin berkongsi panduan serta teknik belajar bahasa inggeris dengan menggunakan perkataan AFFECT dan EFFECT yang kadang-kadang sering disalahgunakan oleh sesetangah [...]

Read the full article →

Panduan Belajar Advice dan Advise

November 21, 2009

Bertemu lagi kita dengan panduan dan tips belajar bahasa inggeris. Pada posting yang lepas kita telahpun ditunjukkan cara belajar Accept vs Except. Maka pada posting kali ini marilah kita belajar pula mengenai Advice dan Advise.
Jadi saya ingin berkongsi pula dengan anda semua berkenaan kesalahan penggunaan perkataan ADVICE dan ADVISE. Sekali lagi, bunyi bagi kedua-dua perkataan [...]

Read the full article →

Cara Belajar ACCEPT vs EXCEPT

November 17, 2009

Untuk posting seterusnya, disini saya ingin berkongsi tips, panduan mahupun cara belajar bahasa inggeris serta kesalahan dalam penggunaan perkataan ACCEPT dan EXCEPT untuk mereka yang lemah dalam bahasa inggeris. Diharap dengan perkongsian ini dapat meningkatkan lagi kefahaman anda terhadap bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris serta memantapkan lagi penulisan Bahasa Inggeris anda.
Baiklah, jika dilihat pada perkataan [...]

Read the full article →

Lemah Dalam Bahasa Inggeris?

November 13, 2009

Sehingga hari ini, media massa mahupun media cetak tidak habis-habis memperkatakan tentang kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan para pelajar dan graduan. Ekoran daripada kelemahan penguasan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar-pelajar dan graduan terutamanya yang berbangsa Melayu menyebabkan ibubapa pening, guru-guru bahasa Inggeris pening, pengetua-pengetua pening, Menteri Pelajaran pening, Menteri Pengajian Tinggi pening serta majikan pun pening.
Oleh [...]

Read the full article →